Saturday, December 17, 2011

Bila mana nafas boleh lagi berbunyi

Assalamualaikum...

Bila mana jantung masih berdenyut,
Bila mana nafas masih lagi berbunyi,
Bila mana mata masih lagi boleh terbuka,


SYUKURILAH
Syukuri kerana masih boleh bangun menghirup udara percuma yang diberikanNYA,
Syukurilah kerana Allah memberikan ruang masa  untuk membetulkan diri @ bertaubat .
Syukurilah kerana masih boleh menambah amalan untuk jadi bekalan di hari akhirat,




ATAS TANDA SYUKUR
Mari kita bangkit solat pada waktuNYA bila laungan azan didengari
Mari kita bangkit cuba meninggalkan larangan dengan mengawal kemahuan nafsu dan godaan syaitan
Mari kita bangkit mencintai ALLAH dan mencari redhaNYA dengan sentiasa mengingatiNYA

HAKIKATNYA
Nikmat yang diberikanNYA tidak terhingga,
Jika ditulis nikmat ALLAH mengunakan dakwat air lautan tidak jua mencukupi,
kebahagian, kesihatan, kekayaan, kesenangan hati , rezeki dan pelbagai jenis nikmat  diberikan olehNYA tanpa sebarang bayaran,
Tanda dia Maha Penyayang memberi nikmat tidak kira pada yang melakukan baik atau buruk


Bila mana ditimpa ujian, kita masih diberi penyelesaian olehNYA,
Ujian bukan tanda benci tapi tandaNYA masih sayang pada hambaNYA,
Cuba Menilai perilaku hambanya, Menilai keikhlasan hambaNYA
Bagi memilih calon yang layak memasuki syurga milikNYA


...........................................................................................

Bila mana jantung terhenti,
Bila mana nafas tidak lagi berbunyi,
Bila mana mata tidak lagi terbuka ,


Lenyaplah hubungan dengan dunia
Lenyaplah hubungan dengan saudara
Hanya tinggal bekalan yang ada semasa di dunia
Hanya boleh berharap pada doa anak soleh, harta yang dilaburkan dan ilmu yang dilimpahkan.


Mati itu  pasti

.....................................................................                    

jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Thursday, December 1, 2011

nukilan di pagi hari....

salam....

jam menunjukkan pukul 4.03 am ......macam biasa kalau dah tersedar waktu nie dah x bley tido balik start pkul 3.00 am.. rasa kejutan2 time mcm nie adalah seruan untuk melakukan sesuatu...manfaat waktu mcm nie dgn perkara sepatutnya...bila umor sudah 22 thun, tetiba aku rasa laen dalam diri aku,,,wktu umur mcm nie macam2 la bermain kat pemikiran nie.....dri perangai "unmatured" yang terlalu banyak dalam diri tetiba jadi "matured" sikit.....pada wktu nie juga dirasakan satu perubahan perlu dilakukan bagi mengubah diri kearah kebaikan..pada masa yang sama juga aku mengharapkan org sekeliling aku menjadi baek....

sesuatu yang perlu dipikirkan kembali , bahawa dalam kehidupan yang ada sekarang  adalah kehidupan ujian..kehidupan ujian yang disulami pelbagai peristiwa yang berlaku, pelbagai ujian yang berlaku dan pelbagai perkara dipikirkan...yang mana kehidupan sebenar ialah kehidupan akhirat yang ditentukan atas balasan apa yang dilakukan dalam akhirat...kita tahu semua thu tpii kita slalu jadi lalai jugak ditimpa ujian, lupa tentang bisikan syaitan dan memikrkan benda laen2..tpi perlu diingat, kita masih ada kurniaan akal diberikan bagi memberi kekuatan menempuhi pelbagai dugaan,,,

pada usia muda nie, cabaran paling besar semestinya mengawal kemahuan diri. gelodak jiwa pada waktu nie besar...memberi kepuasan pada diri,,pdahal keseronokan yang dpt itu bersikap sementara,,,so, untuk melawan arus dari kebiasaannya nie amatlah sukar jika mengharapkan seorang diri...memerlukan akan dan envoronment yang membantu dalam proses nie....tarbiah diri perlu dimantapkan dan dalam masa yg sma membuang anasir2 yang boleh merosakan diri...

soal jodoh juga merupakan isu yang besari,, mana x nya , bila duduk dengan rakan sebaya x abez menceritakan pasal perkara ini..umm ..nak ketawa ada jgak nie....sesuatu yang perlu dipikirkan kembali , mencari jodoh bukan satu yang maen2..... kesinambungan kehidupan selepas kahwin anda perlu pikirkan.....
yang mana menentukan anda dimana pada hari mendatang, yang mana seseorang yang dapat memberi keseimbangan pada diri anda dan paling utama mampu mengingati diri ketika lupa dan menjaga keharmonian sebuah keluarga. Usah gelisah jika tiada calon, kerana akan ada pada waktu-NYA,,harap padaNYA,,,Kalau yang terlebih calon..heheh,,,, berilah masa memikirkan calon terbaik pada diri anda..istikharah jalan terbaik  :)...Buat yang masih nak hold dulu, lengkapi diri dan perbaiki anda terlebih dahulu.....biasanya pasangan hidup adalah sama tahapnya dengan diri anda...Mulalah perhubungan dengan baik di mataNYA..jika anda menharapkan pertengahan dan pengakhiran yang baik....

Aku mengharapkan supaya Allah memberi aku kekuatan dalam melangkaui kehidupan penuh mencabar yang penuh ujian ini....
Aku mengharapkan kepada Allah supaya dapat melawan kemahuan diri atas dorongan nafsu dan bisikan halus syaitan
Aku mengharapkan kepada Allah memberi aku pasagan hidup yang mampu membuat aku mengingatimu, disamping aku memohon Allah tidak terlalu memikirkan tentang jodoh hingga tiba masaNYA....
Aku mengharapkan kepada Allah membangkitkan kemahuan menjadi lebih baik mencari redhaNYA, disamping itu, aku memohon kepada Allah membantu menjadikan rakan2 aku, ahli keluarga aku dan masyarakat aku menjadi lebih baik...
Amin

salam

/wah dah nak masuk subuh dah.......mcm biasa ulang2 benda sama setiap kali tuliz..hahhaha
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Wednesday, November 9, 2011

treatment hati (part 1)

Salam

Berbalik cerita hati...hati yang menjadi raja dalam diri slalu menentukan keputusan... keputusan itu samaada baik atau buruk......hati juga mempunyai pelbagai jenis pnyakit...kadang2 hati itu mudh membuatkan seorang itu menjadi dengki, hasad riak dan takbur...dan hati itu juga mudah mengalami gundah bilamana bermacam2 perkara dikehendaki oleh diri dengan dorongan nafsu....mahukan harta lebih....mahukan mencari pasangan hidup ...mahukan pangkat dan darjat......hati yang tidak menyedari dorongan buruk hawa nafsu adalah sangat bahaya.... treatment hati perlu dijalankan dengan segera.... kegundahan dan keliaran hati perlu dibendung segera........menyedari hati jahat adalah lebih baik dripada perasan hati baek...


merawat hati ada beberapa cara dirasakan amat efektif.... .cara pertama,membaca alquran dan memahami maksudnya........hati yang tidak dilembutkan dengan bacaan dan teguran hasil bacaan alquran sangat parah....bila mana sudah menjadi keras dan gelap, amat susah untuk menjinaknnya...so dengan memahami makna dalam alquran dan merasai setiap ayat itu memberikan motivasi, peringatan , ilmu dan penenang kepada diri  .aku sendiri bila mana aku mengabaikan bacaan alquran, aku rasa kesannya......aku jadi lupa dan seronok membuat perkara yang sepatutnya........ oleh itu aku menggalakkan membawa tafsir alquran dimanajua berada...aku rasa ada je , size tafsir alquran yang compact dan boleh dibawah2 mana2pun.... x menjadi masalah pun klo nk letak dalam beg .....klo free skejap bley la baca....memberi sedikit masa untuk NYA x kan rugi :)...

kedua, cara kedua ialah bangun malam untuk solat malam ....bangun malam dan melakukan beberapa amalan seperti solat tahajud, taubat dan hajat jgak memberi kesan yang mendalam-dalam ... tapi sesetengah orang ckap susah nk bangn malam..tpi bila nak set tngok game bola tgh pagi bley plak..heheh.tpi sbnonya inilah mind set....apa salahnya bangun pagi memberi sedikit masa pada diri untuk mengadu padaNYA...wktu malam macam nie la senang dah bezt nak menbuat pengaduan padaNYA  dan memohon taubat padaNYA...wktu niela kita memikrkan berapa percentage sehari kita ingat padaNYa dengan  diikuti rintihan air mata taubat , mengharapkan padaNYA.. waktu nie juga nak mengadu hati nie sakit.....hati nie gundah....hati nie teruk..minta dibetulkan...waktu nie la juga nk mengadu padaNYA mengenai jodoh...x hanyut memikirkan benda2 nie....minta diperkuatkan diri...sehingga tiba masanya...dan mohon la jodoh yang rasa dimahukan dan boleh membantu dalam proses pembaikan diri...amin


sampai sini dulula ...
paper research x siap lagik...so kena sambung nanti.......wasalam..
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Tuesday, November 1, 2011

Kisah hati

Salam






Dalam dunia mencabar dengan keseronokan, keghairahan dan kemahuan . Semua terhidang didepan mata.Pasti membuatkan langkah itu kadang2 tersangkut dan tersasar. Seringkali merasakan hidup ini sesuatu yg indah dengan perhiasan2 dunia yang cantik tanpa memikirkan kepalsuan kecantikan tersebut sehingga melupakan bekalan ke alam akhirat.padahal bila2 saje waktu kita akan kembali ke alam laen.Walaupun mungkin esok.Oleh itu, aku memerlukan 'rakan'. Rakan sering mengingatkan  aku ketika aku lupa dan rakan yang mampu menerima teguran ketika mereka lupa,.

Dunia skarang sangat mencabar. Macam2 perkara perlu difikirkan dan dilihat.Lupa skit anda hanyut dengan keseronokan.Bukan x bley cuma kadang2 berseronok memakan diri dan melupakan diri kepadaNYA.... ingatan terhadapNYA perlu dikekalkan sepanjang masa. Aku merasakan kesinambungan mengingatiNYA bukan hanya berada di masjid @ tikar sejadah sahaja... Tapi memerlukan sepanjang masa dimana jua kita berada.. Syaitan akn sentiasa membuat bisikan halus di telinga kita dan menunggu masa sahaja supaya kita jatuh.Oleh itu, bila kita jatuh kita perlu cuba naik balik . Kurniaan akal yang diberikan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan bagi mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu.


Berbalik soal hati. ini adalah satu perkara yang berat jika tidak diawasi. Hati merupakan raja dalam diri mempengaruhi setiap tingkah laku. Akal sebagai penasihat akan sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada hati. Nafsu dalam diri sentiasa dibangkitkan oleh bisikan syaitan yang bermacam-macam propaganda yang dilakukan.Oleh itu pelihara hati.Sesungguhnya hati ini sangat mempengaruhi seorang.





Hati apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur Iman dan nur Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat  atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita  faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
                                                                             
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 74 :-Tafsirnya :
Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara  batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.


wasalam


/* kadang-kadang jiwa kita sering memberontak untuk memenuhi tuntutan jiwa dan kemahuan..ummm....So, ape lagik, berbalik kepadaNYA .. dan faham tuntutan Allah terhadap manusia itu sendiri..tahu tujuan manusia dihidupkan dan tahu ape perlu buat sebenarnya...
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Sunday, October 23, 2011

kehidupan sebenar

salam....

hari demi hari kita menempuh dengan pelbagai perkara..adakala sesuatu yang menggembirakan hati...adakala sesuatu yang mendukakan....tapi itulah rencam dan keindahan dlm sebuah kehidupan....

hari ini topik yang cuba di'entrykan" ialah mengenai kehidupan...seringkali dalam kebanyakan pemikiran masyarakat kita, kehidupan yang paling dimahukan adalah kehidupan yang menyenangkan.... percaya bahawa kekayaan, pangkat , kecermerlangan adalah segalanya....

bermula dari kecik diajar untuk belajar pandai.... masuk universiti.....lepas tue berkawen ngn bahagia....dapat anak cemerlang..... mempunyai kewangan kukuh....mempunyai reputasi hebat...tapi tue hanya bersikap sementara dan sbenarnya ada sesuatu perlu dikerjakan untuk persiapan untuk dunia laen.......

paling lama pun hidup 100 tahun..itu pun kalo sampai... dibandingkan dengan hidup di akhirat...compem2 x de had.......dunia nie mcm papan catur je..penentuan permainan ditentukan oleh diri sendiri...bila cuba memahami konteks manusia dihidupkan.....hanya ada dua tugas yang di"highlightkan" iaitu "HAMBA KEPADA ALLAH" dan "KHALIFAH DI MUKA BUMI"..tiada tujuan lain .....jujur aku sendiri mengatakan bahawa dalam environment sangat mencabar... agar susah menunaikan tanggungjawab ini....tapi dengan adanya kemahuan diri rakan2 boleh melakukan.....bila rasa lost cuba ingt balik tujuan asal anda dihidupkan..

hehehhe..sesungguhnya setiap apa yang cuba aku tuliz ...sebenarnya aku cuba menyedarkan diri sendiri..dan terima ksih rakan2 sudi mendengar coretan ini...
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Sunday, October 9, 2011

sejauh mana anda ikhlas????

salam....

[Al-Baqarah, Ayat : 264]
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riak kepada manusia, dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin. Mereka tidak mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.


berbicara mengenai keikhlasan amat sukar dibicarakan..keikhlasan hanya diketahui oleh orang itu sendiri dan Allah  s.w.t.....harus diingat kegagalan mengikhlaskan diri dalam sesuatu perkara mungkin menjadikan sesuatu yang diusahakan itu sia-sia....misalnya... seseorang bersedekah @ beramal tapi mempunyai perasaan riya dalam diri menjadikan apa diusahakn tidak bernilai..sebenarnya menunjuk2 dalam melakukan perkara ini masih boleh asalkan tujuan mahu menggalakan rakan2 turut sama-sama melakukan perkara baik ..yang penting niat pada hati

kadang2 keikhlasan melakukan kebaikan perlu diteliti kembali....mulut senang mengatakan ikhlas....tapi hati itu sendiri taw keadaannya....kadang2 rasa keikhlasan bley hilang hasil bisikan halus syaitan..berhati2x.... istifghar banyak kali mungkin boleh menghlangkan perasaan ini.....

mengingatkan rakan-rakan dan diri sendiri...sejauh mana keikhlasan anda tanpa mengharapkan balasan selain allah...cth anda melakukan kebaikan hanya kerana cuba menunjukkan anda baek kepada gadis diminati.....kerana perkara itu anda memang dpt gadis tersebut tapi sangat dipandang keji oleh allah s.w.t......
lagi baek anda melakukan kebaikan atas dasar allah....mengharapkan anda dapt gadis yang dihajati daripadaNYA...jika tidak diizinkan , redha mungkin allah ada reason tersendiri melakukannya....mungkin dapt yg lagi baek...wallahualam...

amacam skema x bunyi nye...sje je seriuz skit memikirkan benda nie..kdg2 rasa rugi je bila nk buat baek tpi timbul benda2 macam riya takbur..nauzubillah...pnting menghidupkan keikhlasan dlm diri,,,,wasalam









jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com