Halaman

Jumaat, 30 September 2011

sebalik kesedihan.......

salam

hari nie x de entry yang nak dituliz ....cuma nak share quotes yang jumpa kat fb.fb walking skit nmpak post rakan2 yang macam nie....mood hari jumaat katakan....tpi sebenar kena hari2 pun....... mendalam quotes2 nie.... free kan skit minda la baca benda2 nie mungkin menjadi penenang skit apa yang dihadapi dan pendinding untuk jadi kuat lagik kat diri kita ini.....

salah satu hadis yang membe aku share :

"Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati,
sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya,
kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya..”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ummm....Sesungguhnya Allah menguji setiap dari kita ni sesuai dengan kemampuan sendiri.. dan sebaik2 manusia adalah apabila diuji maka dia redha atas ujian itu.. dan ketenangan hadir dari hati yg sentiasa terbuka apabila diuji dan semestinya Allah redha pada hambaNYA yg redha dgn setiap ujian yg menimpa.

Ini  salah satu ayat alquran yang disharekan oleh member aku kat fb.. mungkin memberi berita gembira kepada golongan bersedih dan golongan taat kepadaNYA....

"sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar". (Al-Ahzab:35)

Ummm ..rasanya penyataan Dr Asri nie juga boleh memberi bekas pada hati bila menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,,,,,,,

"Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?!
Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.
Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk dihayati dalam ruh dan kehidupan. Ramai yang menyebutnya, tidak ramai yang diresapinya dalam merentasi perjalanan ini. Bacalah ayat-ayat al-Quran berkaitan tawakkal, ia akan membawa kita ke suatu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan."

salam :)
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Ahad, 25 September 2011

berfikir sejenak selepas hari konvokesyen

salam ...

kehangatan majlis konvokesyen tadi masih terasa..... kemeriahan, kegamatan, kesibukan majlis itu menghidupkan suasana konvokesyen... tapi disebalik konvokesyen ini, minda terasa membuak2 memikirkan pelbagai perkara.

1. sangat tersentuh aku melihat kebanyakan graduate diraikan oleh ahli keluarga masing2...ahli kluarga merasa amat seronok melihat kejayaan anak,anak sedara,adik ,abang . Datang dri nun jauh utara sana x lupak dri Sabah @ Sarawak.....Ada datang dari keluarga dari kampung menaiki bas untuk meraikan anak mereka...dan lgik tersentuh melihat pak cik2 dan mak cik2 yang berusia , kuat untuk datang melihat anak mereka pda majlis konvo..nampak dari kaca mata orang tua mereka perasaan snggat bangga @ hiba gembira dalam diri mereka....:)

2. sangat berbangga melihat kejayaan rakan2 terdekat yang berjaya menamatkan pengajian walaupun kehilangan @ tiada orang yang dicintai yakni ibu bapa....seakan2 mereka seperti seorang hebat dlm menerima ujian ini.....dan melaluinya dalam sungguh redha.... dalam masa ada yg kena menggantikan tanggungjawab ayah@ibu tpi dlm masa yang sama perlu meneruskan pembelajaran ini.....dan dalam masa yang sama "rakan " tersebut menjadi sumber aspirasi untuk berjaya dan hadiah kejayaan kepada abang, akak dan adik banyak membantu mereka

3.jauh di sudut hati kesian kepada salah sorang calon yng ditimpa malang yang berkerusi roda. berjaya menamatkan pengajian tapi waktu konvokesyen seperti lumpuh atau tidak berdaya...mengingatkan aku bahawa memang benar kewujudan Maha Kuasa....mampu mengubah keadaan manusia bila2 masa mengikut kehendaknya.....peringatan ini amat memberi satu kesan pada diri....dia boleh mengubah dari keadaan baik kepada buruk... buruk kepada baik...sesungguhnya Tuhan akan menguji makhluknya dengan pelbagai cubaan..untuk melihat keimanan@ kepercayan kepada yang berkuasa...Jangan melatah menerima ujian, kesakitan , masalah...kerana Tuhan akan menghapuskan dosa2 jika mampu mengalaminya

sebelum menutup entry, buat rakan2 ,kejayaan yang diraih ini hanya baru kejayaan kecil....jujur kejayaan sebenar berjaya dalam hari perhitungan....logik2 x aku mengatakan kejayaan yang dapat nie hanya untuk tempoh paling lama 80 tahun lagik je...kehidupan slpaz 81-1000000000000000(infiniti) tahun lagik bagaimana.......ini ditentukan pda hari penghitungan...
jujur aku menulis bukan menunjuk2 menjadi baik dan aku bukan orang yang baik....tapi aku terpikir sejenak aku perlu menjadi baik dan mengingati diri sendiri.. manusia x lpaz kesalahan tpi bak kata slalu kita dengo....kurangkan dosa, tingkatkan pahala... agaknya x logik manusia x melakukan kesalahan...salam
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Khamis, 22 September 2011

nilai hari konvokesyen

salam...

x lama lagik akan tiba sesuatu yg hri amat dinantikan oleh pelajar berjaya menamatkan pelajaran.."hari convocation".....hari ini mempunyai simbolik hebat kepada pelajar yg telah berjaya menamatkan pelajaran.. harapan ibu bapa,abang,org kampung menjadikan ini lebih bermakna...pasti ibu bapa,abang ,akak,adik akan merasakan sgt berbangga dengan pencapaian yg diraih....apa x nya....pengorbanan , duit dan harapan tinggi oleh mereka menjadi special pada kejayaan diraih...

mungkin sesetengah orang merasakan hari konvokesyen tiada nilai..apa x nya kerana kesenangan atau kurang pengorbanan dalam melaluinya.. umm mungkin aku mngalaminya,.....tpi segelintir rakan ada yg melalui bnyak kisah dalam melaluinya..melaluinya dengan penuh pengorbanan.... melalui kurang sumber kewangan....melalui dengan penuh liku kehidupan.. kehilangan, pergolakan dan mcm2 lagik... tpi akhirnya meraih kejayaan yg diimpikan...kadang-kadang aku merasakan sangt respect kepada mereka atas "kesurvivalan "mereka dalam hidup.....

"betapa berbangga ibu bapa melihat pencapaian anaa" ,walaupun kejayaan sikit @ besar...asalkan itu bukan satu yg slah..slam.....mungkin kita x nmpak apa yg dirasai oleh mereka, tpi lubuk hati ibubapa kita x thu :)

??hehheeh..mungkin gaya penulisan yg pelik dan teruk...harapp maap ...heheh??
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com