salam
hari nie x de entry yang nak dituliz ....cuma nak share quotes yang jumpa kat fb.fb walking skit nmpak post rakan2 yang macam nie....mood hari jumaat katakan....tpi sebenar kena hari2 pun....... mendalam quotes2 nie.... free kan skit minda la baca benda2 nie mungkin menjadi penenang skit apa yang dihadapi dan pendinding untuk jadi kuat lagik kat diri kita ini.....
salah satu hadis yang membe aku share :
"Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati,
sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya,
kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya..”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ummm....Sesungguhnya Allah menguji setiap dari kita ni sesuai dengan kemampuan sendiri.. dan sebaik2 manusia adalah apabila diuji maka dia redha atas ujian itu.. dan ketenangan hadir dari hati yg sentiasa terbuka apabila diuji dan semestinya Allah redha pada hambaNYA yg redha dgn setiap ujian yg menimpa.
Ini salah satu ayat alquran yang disharekan oleh member aku kat fb.. mungkin memberi berita gembira kepada golongan bersedih dan golongan taat kepadaNYA....
"sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar". (Al-Ahzab:35)
Ummm ..rasanya penyataan Dr Asri nie juga boleh memberi bekas pada hati bila menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,,,,,,,
"Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?!
Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.
Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk dihayati dalam ruh dan kehidupan. Ramai yang menyebutnya, tidak ramai yang diresapinya dalam merentasi perjalanan ini. Bacalah ayat-ayat al-Quran berkaitan tawakkal, ia akan membawa kita ke suatu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan."
salam :)
jika suka entri diatas :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan