Halaman

Selasa, 7 Mac 2017

Perdana Menteri Kecam Tindakan Korea Utara Halang Rakyat Malaysia Tinggalkan Korea Utara


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara untuk menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

Najib dalam satu kenyataan media hari ini menyifatkan tindakan Pyongyang itu sebagai perbuatan hina dan melanggar semua undang-undang antarabangsa dan norma diplomatik.
"Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia komited untuk mengekalkan hubungan baik dengan semua negara. Walau bagaimanapun, melindungi rakyat kita adalah keutamaan saya, dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil segala langkah yang perlu apabila mereka terancam," katanya.

Beliau juga memaklumkan telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara dan mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini.

"Saya telah memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara. Saya juga telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk menghalang semua rakyat Korea Utara di Malaysia dari meninggalkan negara ini sehingga kita diberi jaminan tentang keselamatan semua rakyat Malaysia di Korea Utara," katanya lagi.

Perdana Menteri dalam kenyataannya turut menggesa Korea Utara membenarkan rakyat Malaysia segera meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya.

"Kami berharap agar ia diselesaikan dengan pantas. Saya menyeru kepimpinan Korea Utara untuk dengan segera membenarkan rakyat kami untuk meninggalkan negara itu untuk mengelakkan sebarang masalah yang selanjutnya," tegas beliau.-awani-


jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com