Halaman

Sabtu, 17 Disember 2011

Bila mana nafas boleh lagi berbunyi

Assalamualaikum...

Bila mana jantung masih berdenyut,
Bila mana nafas masih lagi berbunyi,
Bila mana mata masih lagi boleh terbuka,


SYUKURILAH
Syukuri kerana masih boleh bangun menghirup udara percuma yang diberikanNYA,
Syukurilah kerana Allah memberikan ruang masa  untuk membetulkan diri @ bertaubat .
Syukurilah kerana masih boleh menambah amalan untuk jadi bekalan di hari akhirat,




ATAS TANDA SYUKUR
Mari kita bangkit solat pada waktuNYA bila laungan azan didengari
Mari kita bangkit cuba meninggalkan larangan dengan mengawal kemahuan nafsu dan godaan syaitan
Mari kita bangkit mencintai ALLAH dan mencari redhaNYA dengan sentiasa mengingatiNYA

HAKIKATNYA
Nikmat yang diberikanNYA tidak terhingga,
Jika ditulis nikmat ALLAH mengunakan dakwat air lautan tidak jua mencukupi,
kebahagian, kesihatan, kekayaan, kesenangan hati , rezeki dan pelbagai jenis nikmat  diberikan olehNYA tanpa sebarang bayaran,
Tanda dia Maha Penyayang memberi nikmat tidak kira pada yang melakukan baik atau buruk


Bila mana ditimpa ujian, kita masih diberi penyelesaian olehNYA,
Ujian bukan tanda benci tapi tandaNYA masih sayang pada hambaNYA,
Cuba Menilai perilaku hambanya, Menilai keikhlasan hambaNYA
Bagi memilih calon yang layak memasuki syurga milikNYA


...........................................................................................

Bila mana jantung terhenti,
Bila mana nafas tidak lagi berbunyi,
Bila mana mata tidak lagi terbuka ,


Lenyaplah hubungan dengan dunia
Lenyaplah hubungan dengan saudara
Hanya tinggal bekalan yang ada semasa di dunia
Hanya boleh berharap pada doa anak soleh, harta yang dilaburkan dan ilmu yang dilimpahkan.


Mati itu  pasti

.....................................................................                    

jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com