salam....
jam menunjukkan pukul 4.03 am ......macam biasa kalau dah tersedar waktu nie dah x bley tido balik start pkul 3.00 am.. rasa kejutan2 time mcm nie adalah seruan untuk melakukan sesuatu...manfaat waktu mcm nie dgn perkara sepatutnya...bila umor sudah 22 thun, tetiba aku rasa laen dalam diri aku,,,wktu umur mcm nie macam2 la bermain kat pemikiran nie.....dri perangai "unmatured" yang terlalu banyak dalam diri tetiba jadi "matured" sikit.....pada wktu nie juga dirasakan satu perubahan perlu dilakukan bagi mengubah diri kearah kebaikan..pada masa yang sama juga aku mengharapkan org sekeliling aku menjadi baek....
sesuatu yang perlu dipikirkan kembali , bahawa dalam kehidupan yang ada sekarang adalah kehidupan ujian..kehidupan ujian yang disulami pelbagai peristiwa yang berlaku, pelbagai ujian yang berlaku dan pelbagai perkara dipikirkan...yang mana kehidupan sebenar ialah kehidupan akhirat yang ditentukan atas balasan apa yang dilakukan dalam akhirat...kita tahu semua thu tpii kita slalu jadi lalai jugak ditimpa ujian, lupa tentang bisikan syaitan dan memikrkan benda laen2..tpi perlu diingat, kita masih ada kurniaan akal diberikan bagi memberi kekuatan menempuhi pelbagai dugaan,,,
pada usia muda nie, cabaran paling besar semestinya mengawal kemahuan diri. gelodak jiwa pada waktu nie besar...memberi kepuasan pada diri,,pdahal keseronokan yang dpt itu bersikap sementara,,,so, untuk melawan arus dari kebiasaannya nie amatlah sukar jika mengharapkan seorang diri...memerlukan akan dan envoronment yang membantu dalam proses nie....tarbiah diri perlu dimantapkan dan dalam masa yg sma membuang anasir2 yang boleh merosakan diri...
soal jodoh juga merupakan isu yang besari,, mana x nya , bila duduk dengan rakan sebaya x abez menceritakan pasal perkara ini..umm ..nak ketawa ada jgak nie....sesuatu yang perlu dipikirkan kembali , mencari jodoh bukan satu yang maen2..... kesinambungan kehidupan selepas kahwin anda perlu pikirkan.....
yang mana menentukan anda dimana pada hari mendatang, yang mana seseorang yang dapat memberi keseimbangan pada diri anda dan paling utama mampu mengingati diri ketika lupa dan menjaga keharmonian sebuah keluarga. Usah gelisah jika tiada calon, kerana akan ada pada waktu-NYA,,harap padaNYA,,,Kalau yang terlebih calon..heheh,,,, berilah masa memikirkan calon terbaik pada diri anda..istikharah jalan terbaik :)...Buat yang masih nak hold dulu, lengkapi diri dan perbaiki anda terlebih dahulu.....biasanya pasangan hidup adalah sama tahapnya dengan diri anda...Mulalah perhubungan dengan baik di mataNYA..jika anda menharapkan pertengahan dan pengakhiran yang baik....
Aku mengharapkan supaya Allah memberi aku kekuatan dalam melangkaui kehidupan penuh mencabar yang penuh ujian ini....
Aku mengharapkan kepada Allah supaya dapat melawan kemahuan diri atas dorongan nafsu dan bisikan halus syaitan
Aku mengharapkan kepada Allah memberi aku pasagan hidup yang mampu membuat aku mengingatimu, disamping aku memohon Allah tidak terlalu memikirkan tentang jodoh hingga tiba masaNYA....
Aku mengharapkan kepada Allah membangkitkan kemahuan menjadi lebih baik mencari redhaNYA, disamping itu, aku memohon kepada Allah membantu menjadikan rakan2 aku, ahli keluarga aku dan masyarakat aku menjadi lebih baik...
Amin
salam
/wah dah nak masuk subuh dah.......mcm biasa ulang2 benda sama setiap kali tuliz..hahhaha
jika suka entri diatas :)
1 ulasan:
Wah.. ewan.. ewan bagus artikell
Catat Ulasan