Halaman

Khamis, 7 April 2011

Antara Pahang , Terengganu, Kelantan , Selangor .siapa paling hebat untuk merangkul juara FA 2011!!!

Salam,

Tiga pasukan pantai timur dan Satu pasukan pantai barat akan bertembung.Hahahaa Pertembungan empat kelab negeri hebat ini pasti sukar diramal dan siapa yang layak memenangi piala fa 2011.


Pahang dilabel sebagai pasukan underdog dibawah bimbingan Dollah Salleh pasti sedang mngatur percaturan bagi menewaskan Terengganu.Terengganu tidak kurang hebatnya mempunyai pemain gandingan lincah seperti Abd Hadi, Ashaari dan Manaf .Ayuh PENYU! man'gak SOKMO. apa maksudnya???heehe



Kelantan dibawah bimbingn M Karathu mempunyai skuad yg matang dari jumlah pemain senior berpengalaman dan muda berbakat.Harus diingatkan dua watak penting yang memberi kekuatan kepada kelantan ialah Shahrul Idlan Talaha(kelincahan gerakan) dan Khairul Fahmie (mampu untuk mengawal gawang dengan baik
                              
Selangor ,skuad yang mempunyai pemain sedang mewakili Malaysia seperi Amirul Hadi,Safiq Rahim, dan pemain berpengalaman seperi Kharul Anuar Baharom,Hardi Jaafar dan Amri Yahya pasti menambahkan tajam skuad merah ini.

Kita nantikan siapa yang layak menjuarai piala FA!!! siapa????? Johor FC kompem lambat lagik ...aduhaaii...

Separuh Akhir Pertama Piala FA
12.05 PAHANG lwn TERENGGANU (8.45 mlm Stdm Darulmakmur)
12.05 SELANGOR lwn KELANTAN (8.45 mlm Stdm Shah Alam)

Separuh Akhir Kedua Piala FA
15.05 TERENGGANU lwn PAHANG (8.45 mlm Stdm Tuanku Ismail Nasirudin)
15.05 KELANTAN lwn SELANGOR (8.45 mlm Stdm Sultan Muhammad iv)


Sempena ulang tahun kelahiran says.my kali k- 3,kami akan meraikan dengan berpeluang memenangi barang seperti Macbook air, Samsung Plasma TV, Iphone 4, Canon SLR, IPad2, Lomokit , Percutian South Korea dan lain-lain lagi. Cara mudah anda hanya perlu register dan anda layak menyertainya..
 
 

jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Selasa, 5 April 2011

KiSah Seram yanG betUL SeRAm......KoMPeM KiTA pUN TaKUt

salam ,

ari-ari skrg citer hantu... tapi bila kita baca cerita nie...keseraman lebih seram dari citer hantu dan menyebabkan kita amik iktibar dan menjadi lbey baek... ingat maen blog maen jugak, tapi benda2 mcm nie jgn lupa .tpi kena baca ngn hati la...:)


kisah bermula....jeng2

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

* oleh itu ,kawan2 kita amik iktibar benda2 nie...jangan asyik kumpul churp2 je....benda2 macm amalan pun kena slalu..semoga kita jadi lebih ,salam
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

15 HaRi LaGIKK!!! UltrAman gila

salam......

aduhai penat rasa arini... semoga tuhan memberi kekuatan ...amin...arinie otak sudah jam @ kong la kawan2 sbab buat bnyak keja arini.. menunggu 15 hari lagik , hari kebebasan bagi "pelajar tahun akhir jurusan telkomunikasi" ...programming x siap lagik, hardware x check lagik, laptop nk kena format....:) mood skrg umm blur+bimbang+jiwa kacau+buat bodoh...hari nie x denya entri panjang dan melalut....projek x siap ada hati nak berblog.....

penat2 nie layan video bezt jugak ....:)






jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Sabtu, 2 April 2011

ToP 6 VideO Persembahan MahaRaja Lawak Minggu 1 (Mengikut Selera Aku!!!)


salam,

setelah wat analisis (tengok ulang-ulang) nie la top 6, credit kepada GuaTV dan Najwa69


6.R2 (lawak pandai budak sekolah)


5.Sepah (lawak doktor poyo)


  4.  Balas ( lawak karipap )
 


3.Jozan ( lawak sempoi )

2.Nabil (Lawak peniaga directseller)


heheh , terbaik malam tue.!!!.....

1.Jambu (Lawak pengacara sengal)

jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

MahaRaja LaWak (EpIsod SatU Wat PecaH PeRuT) @ MaMat KhalId vs JoZan








salam

Hahaha, tak kering gusi aku tngok keleteh peserta maharajalawak  buat lawak yang superb dan terlampau-lampau.Ada yang wat lawak sengal ubi yang entah ape tpi x bleh henti ketawa,  ,lawak pandai yang x bleh predict  ada wat lawak kasar tahap melampau, dan x bleh  blah ada wat lawak mencarut   . Kalo boleh x nak la buat lawak sensor2 nie, ramai tengok ko budak2





Tapi bila jozan wat persembahan, kesian tngok kena bambu ngn mamat khalid.Berkerut tengok dahi budak jozan nie dibuatnya.siap nk baling kerusi lagik..Hahhaha,,,,Biasa jozan jadi pengacara kenakan orang je..Nie dia kena...hahha..saje je. Mamat Khalid wat macam tue nk menghangatkan lagi maharaja lawak.Saje je nak lariskan maharajalawak :P .Nak ikutkan ok je persembahan diorang.X pun Mamat Khalid x nk diorang over-confident kor. Yang laen truk x kena pun :)




Untuk sepanjang maharajalawak satu nie, paling terbaik ialaj "JAMBU", Taukey dan Yuz. Lawak x de point sangat pun tapi dia punya lawak sengal wat orang ketawa pecah perut dari awal hingga akhir. Kedua, kumpulan "SEPAH", lawak diorang macam selalu dia buat dan ko x leh agak lawak diorang.Karektor watak doktor tue memang hidupkan lakonan kumplan diorg.Ketiga, kumpulan "R2", hebat jugak mampu bersaing dengan otai raja lawak lain. x bleh belah bila berlakon jadi budak sekolah dengan idea kenapa markah kosong

JoZan, Kumpulan Balas ngan Nabil pun aku rasa x menghampakan.Jozan memang dah tahu gandingkan diorang memang mantap, cuma ending dia simple sangat. Balas bezt tapi "maen prop" ngn double meaning kuat sangat . Nabil macm biasa la terbaik cuma x sempat abizkan btul2 .


Yang laen-laen macam Wai, Jihan, Amir, R2 dan Man kena improve banyak lagik untuk lawan diorang.Moga MahaRaja Lawak episod lepaz nie lagik bezt

Sekian .....







Laporkan cerita sensasi anda yang pelik, sedih, ngeri atau lawak berserta gambar dan hebohkannya kepada dunia! 10 wartawan amatur dengan undian tertinggi akan memenangi RM500! Sebarkan di Facebook dan ajak member-member undi Laporan Biar Betul! anda. Lagi sensasi, lagi tinggi peluang untuk menang! Peraduan ini bermula dari 30 Mac sehingga 20 April!
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Jumaat, 1 April 2011

awas, radiasi hari2 kita kena tapi x sedar (part 1)



salam,

Sedar x sedar kemajuan teknologi semakin meningkat dari hari ke hari. dari dulu orang pakai telefon guna  wire je, tapi sekarang guna handset yg kecik2, canggih2 dan mantap2..dulu zaman 90-an , kalo nak guna internet punya la lembap tambah lagik kena tunggu bunyi tetot..tetot.... tapi sekarang dah laju siap x bleh guna wireless lagik....ish dahsyat2...tapi taw x kita sebenarnya setiap hari terdedah kepada radiasi yang memberhaya kesihatan

imej dari inframerah


Biar aku terangkan sikit apa maksud radiasi ...orang asyik sebut je radiasi ..heheh...radiasi nie nak sr sebenonya ialah sinaran...dan senang lagi ckp bentuk tenaga yang terhasil bergerak melalui ruang (udara) tapi akhirnya diserap oleh benda lain(material @ manusia)..sebenarnya kat dunia sekarang nie, kita memang terdedah kepada bnyak jenis radiasi.Bukan je radiasi nuklear je....tapi bnyak lgik


 remote controla.


1.Infrared

- Bila terkena sinaran ini, kita boleh rasa haba mcm sumber dari sinar matahari, api radiator kendaraan atau pantulan jalan  yang terkena panas .Ada satu lagik contoh ialah remote control . perasan x, remote control tue kan ada lampu merah kan kat depan (yang nie x rasa panas coz wavelength pendek)... jangan sesekali halakan remote kat kita atau orang lain waktu tekan channel ..sebenarnya waktu tue infrared tepat2 hala kat kita. Saraf pada kulit kita dapat rasa perbezaan suhu permukaan kulit ,namun kita tidak dapat merasakan sinar infrared...ish2


dari mana datangnya infrared dari matahari


  
Semakin panas sesuatu semakin dapat dia meradiasikan radiasi infrared".[nasa]


antara kesan2 radiasi infra merah ialah :

a) mata - "Dry Eye" jika terdedah kepada sinaran infrared nie.oleh itu jgan sekali-sekali maen remote control
b) kulit - sinaran ifrared melebihi 45 C akan menyebabkan kulit terbakar dan mungkin ereythema


Contoh kes infared  mengakibatkan kematian dari Indonesia:

Belakangan ini,, kita dengar ada informasi tentang pembunuhan lewat radiasi infrared yang berasal dari HP. .  Kondisinya jika telpon dari nomor 0866 atau 0666 dengan nomor berwarna merah dijawab. Maka kita akan merima pancaran sinar infrared yang melebihi batas normal. Sehingga dapat menybabkan kerusakan jaringan otak dan akhirnya menyebabkan kematian. Berita ini sedang menjadi HOT NEWS DI Padang. Informasi ini umunya telah disebarkan melalui telpon dan sms dari karib kerabat . Berita ini dibenarkan oleh berbagai media cetak,elektronik, dan radio di Padang bahkan oleh badan WHO milik PBB.

Isunya ada sekelompok orang yang melakukan percobaan tentang ini dan melakukannya kepada masyarakat.Di Beberapa daerah seperti ACEH dan Padang Panjang dikabarkan telah ada beberapa orang yang meninggal karena hal ini. (kesahihan berita diatas belum dibuktikan lagik ye).

tapi jngan risau sngt radiasi nie masih lagik dikawal  dengan ada kawalan keselamtan oleh yang buat produk tersebut..lagipun infrared sngt penting dalam kehidupan hari nie ...lagik2 dalam pengimejan teknologi.,sistem telekomunikasi dan lain2 lagik....setiap produk dah buat langkah keselamatan tapi sebagai pengguna kita kenala berhati-hati .aku rasa radiasi infrared nie kurang bahaya berbanding nuklear ke, mikro,...buat masa nie ada juga bnyak infrrared yng baek digunakan seperti sauna dan terapi ...dahla penat la aku sambung artikel  radiasi lain pulak lpz nie...nuklear ke,, wifi ke,,,, handsetke,,,,nantila..
salam

Maklumat tambahan 


# maklumat kalo salah bagitaw....

jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com