Alkisahnya dua malam lepas, aku 'tertengok' cerita filem baru Batman The Dark Night Rise lakonan David Ezwan... Eh, salah C Nolan.... Fuhh feel beb cerita...Sampai bila tengok cerita Batman nie , rasa macam nak jadi kawan Batman pulak , boleh pinjam motor dia kejap...Sampai nak balik dari tengok wayang, dah rasa macam Batman plak coz pakai baju hitam ngan LC hitam. Lepaz tue dengan beraninya lalu ikut jalan gelap,biasa x lalu pun.... feel Batman tue adala jugak.....hehehe
Bezt sangat ke cerita batman baru nie?.hero cerita hensem sangat ke ke? penjahat cerita tue jahat sgt ke.. apela..dah nama hero kena la letak orang yg hensem.. Hero kalau x hensem belum tentu orang nak puji maen diperlinya ada...mesti orang cakap "nak tunjuk kuat la tue.... penjahat klo x muka calar-balar, x pakai pendakap gigi x gengstela beb... ..aku tengok member aku kat sebelah mulut terlopong je tengok cter tue...x taw la kalo korang tengok, mana bezt? kluang man ke batman...hehehe...
Apa yang ditulis kat atas tue, bukan fokus utama ... sebenarnya, lebih fokus pda post adalah dibawah...hehehe..Sebenarnya banyak "point" dari segi pengajaran dalam kehidupan dalam cerita.. Tetapi nak tulis satu.. Mantap gler boleh amik pengajaran kot tengok Batman nie..Padahal cover .. lalala
Kita nie mungkin ada ciri mcm Batman tue..
. Korang rasa apa tujuan Batman nak jadi Batman sebenarnya. "glamour" atau " tanggungjawab"?. Jawapan kat mulut biasa 'tanggungjawab" , tapi hati dot..dot2la....Mana x nya, jadi batman bawak kereta besar kot..orang tengok kot..lepaz tue masuk surat khabar hari-hari ..Apa rasa x bebuku-buku hati..Hehehe. Hakikat kalo mengejar glamour depan manusia sekejapnya. Glamer makin luntur....Tngok batman bilad ada buat masalah dalam kes pembunuhan David Kent..Lepaz tue trus x dipandang..Dan kehebatan Batman makin kurangla coz hanya harap glamourkan pada mulanya.Tapi kalau seseorg itu melakukan kebaikan kerana memikirkan atas dasar "tanggungjawab" .. x kirala tanggungjawab pada Allah, masyarakat, keluarga... Benda itu lebih bermakna dan bernilai..Dan perlakuan itu menjadi "glamour depan Allah"...Aha. Benda macam nie yang sepatutnya dicari, bukan mengharapankan pada manusia..So, nak tak nak kena pupuk la keikhlasan tue dalam diri. Walaupun agak susah nak pastikan x de riak langsung atau bajet alim.,tapi benda tue boley improve hari ke hari.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Wasalam.. :)
Wasalam.. :)
jika suka entri diatas :)
1 ulasan:
bila adeq wan berblog hehee
Catat Ulasan