Halaman

Sabtu, 4 Jun 2011

ViDeo & Ranking Maharaja Lawak Minggu 10


Salam,
Nampaknya, sekarang Maharaja Lawak menjalankan tour jelajah Malaysia.Kali ini diadakan di Pisa , Pulau Pinang. Jom kita lihat aksi video maharaja lawak episod 10 mengikut ranking sesuka hati aku



1.Sepah


2.Jozan

3.Jambu



4.Nabil
 

 5.R2

Secara konklusi, performance diorang kat Pisa hanya average sahaja aku rasa minggu nie . Tempoh 7 minit nampak dirasakan agak lama oleh peserta. Jozan dan Sepah meneruskan rentak seperti biasa. Sepah x abez2 lawak kampung dia. Jozan pulak memang jadi perempuan lembut + guru tari AF..hahahah.Jambu penat aku tengok persembahan diorang , asyik jerit-jerit je..hahah...Nabil kehilangan gayanya..Rasanya kalo dia buat lawak jadi sek rendah lagik ok..tryla minggu depan... R2 x boleh nak perform sepenuhnya coz x bley handle time lama sangat.Apapun Good Luck all contestan raja lawak
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Jumaat, 3 Jun 2011

10 PilihanTablet PC terkini Yang Diingini Tahun 2011 serta Video

Salam

Entri hari ini ialah mengenai " 10 tablet PC  yang  popular  untuk pasaran  dunia. Sumber diambil dari zd.net yang dikeluarkan pada 29 May.Ok , kita lihat tablet-tablet terbaik .Disertakan dengan video bagi tablet-tablet tersebut


10.SAMSUNG SLIDING PC7




9. MOTOROLA XOOM




8. HTC FLYER



7. SAMSUNG GALAXY TAB 8.9 

 


 

6. B&N NOOK COLOR

 



5. ASUS EEE PAD TRANSFORMER

 



4. BlACKBERRY PLAYBOOK

  


3. THE AMAZON TABLET

 


 2. HP TOUCHPAD

  

yang paling diingini sekali ialah :


1. APPLE IPAD 2

 







jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Isnin, 30 Mei 2011

Apa Yang Panas Waktu Game Barcelona vs Manchester United??? Serta Highlight HD Final

Salam



Ok,Nie hari aku berminat nak review game antara dua kuasa besar bola ..antara Barca dan Manutd...perlawanan final Champion League...habuan juara dpt rm 580 juta.paling tinggi dianjurkan ...Tunggu penuh penantian nk tengok game tue..tetiba minit 30 dah tertido...tpi dah tngok balik dah game tue tadi...hahahha.. Ada highligt sekali nie..




Game Final CL  bermula dengan garang... Kita dapat lihat asakan laju dan ganas bertali-arus dari  pemain Manutd....Bila pemain Barca cuba bawak bola habis kena "closing down" tahap cipan punya oleh Manutd. ..tengok gaya  Manutd waktu tue macam dah nak menang....Tapi bila dah lama-lama , pemain Manutd makin penat momentum pun dah xde......




Setiap biasala, Barca maen macam biasa kita tengokla.....Gerakan dan hantaran pendek antara pemain tengah seperti Busqeut, Iniesta dan Xavi memang merimaskan pemain Manutd....Lagik bila Messi sebagai playmaker akan berada di sekitar padang ... Mana-mana pun ada dia.. Villa dan Pedro pulak menanti hantaran jauh je dari pemain tengah tersebut. Alves kadang-kadang baik hati tolak la bahagian attacking


Manutd malam nie kurang menjadi...Nampaknya stamina pemain Barca lagi tinggi dari diorang..Tue x ley hidup tue Manutd... Aku rasa siapa yang main dalam game nie sure penat tahap kambing gurun...Dua-dua maen attack seboleh-bolehnya...




Nampaknya "counter attack"  dan " exploit the  ball to the middle" manutd kali nie x brape menjadi,diorang x mampu beat pemain Barca yang laju ,berstamina tinggi dan kuat-kuat. Patutnya Manutd boleh try maen serang side belah kiri coz Alves selalu naek kedepan.....Agaknya, Park Ji Sung kurag makan tonik katak dia kot tue x bleh nak try dari side kiri... Lagik satu mengapa Nani x dimainkan awal2 lagik???...




Nampaknya pemain Barca begitu cemerlang malam tue yek.. Pandai mengubah tempo permainan .... Suka-suki je kejap maen slow....Tetiba laju... Tahu-tahu Messi dah kat depan.... Xavi dan Iniesta pun bagus dari segi hantaran dan tendangan ke gawang pun mengancam....... Jujur aku cakap Messi, 5-star world class player.... dari dribbling , moving  dan creativity dia semua mengancam......Gandingan Villa , Messi dan Pedro pandai merancang untuk mengucar-gacirkan kubu Manutd.....Sampai Ferdinand dan Vidic tercungap-cungap da......Rafael pun smpai kena sakit urat.....


Apapun nak ucap tahniah kepada Barcelona FC!!!


jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Ahad, 29 Mei 2011

siapa bakal menjadi manager baru Chelsea?

Salam

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemecatan CA dari team Chelsea. Aduhai2 owner Chelsea, Abramovich nie asyik pecat manager je tahu... Susah2, ko je la jdi manager..Kalau kalah ko boleh pecat diri sendiri...hahahah.... Tuela risiko menjadi manager Chelsea, menang akan disorak tapi x boleh kalah anda akan dibuang macam tue je....Takut-takut lepas nie semua manager x  nak pergi dah kat Chelsea . Blacklist dah


Berikut adalah nama-nama hebat yang bakal menjadi manager Chelsea.... hahha siapa la agaknya... rumour diorang dengan team Chelsea dah banyak dah.......


 Marco Vas Basten... Taktikal menyerang hebat dipraktikan pada pasukanBelanda... Tapi boleh ke mengemudi team jenis kelab dengan baik.



Harry Redknaap....Menaikan nama Tottenham Hostpur sebagai pasukan digeruni EPL...Hubungan baik dengan pemain-pemainya.....Tapi mampukah mengemudi team besar seperti Chelsea..



Hiddink...tactical manager hebat.....Pernah mejadi manager Chelsea 3 bulan dan membantu Korea Selatan untuk mendapat tempat keempat World Cup 2002...


Favourite aku , Maurinho , The Special One...... taktikalnya hebat, mampu menukar corak permainan dalam satu permainan, hubungan baik dengan pemain... Tapi , hubungan selalu sangat buruk dengan media, referre dan owner!!....Adakah Abramovich sanggup amik balik....


Villa Boas, muda la....baru usia 33 tahun dah bawak Porto jadi juara liga dan pergi ke final Europa League......taktikal hebat jugak dan pernah menjadi asisstant manager maurinho...macm ada kesamaan je.....:)
Semua nie nampak berkemungkinan, nama lain adalah seperti Frank Rjkaard and Rafael Benitez..Tapi ada sorang lagik hebat je...jeng2.......Yang dimaksudkan ialah.......



Pep Guardiola

manager barcelona skrg.....creative , mampu boost moral dan bijak urus pemain ..mungkin habis dgn Barcelona , mungkin smbng kita tengok la nanti...


Kita tengok la der apa terjadi . chelsea oh chelsea ....Sejak sokong ko dah 6 kali tukar manager....Abromivch baIk ko kasik duit bnyak tue kat aku dari bayar pampasan for sacking manager ..ummm















jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Khamis, 7 April 2011

Antara Pahang , Terengganu, Kelantan , Selangor .siapa paling hebat untuk merangkul juara FA 2011!!!

Salam,

Tiga pasukan pantai timur dan Satu pasukan pantai barat akan bertembung.Hahahaa Pertembungan empat kelab negeri hebat ini pasti sukar diramal dan siapa yang layak memenangi piala fa 2011.


Pahang dilabel sebagai pasukan underdog dibawah bimbingan Dollah Salleh pasti sedang mngatur percaturan bagi menewaskan Terengganu.Terengganu tidak kurang hebatnya mempunyai pemain gandingan lincah seperti Abd Hadi, Ashaari dan Manaf .Ayuh PENYU! man'gak SOKMO. apa maksudnya???heehe



Kelantan dibawah bimbingn M Karathu mempunyai skuad yg matang dari jumlah pemain senior berpengalaman dan muda berbakat.Harus diingatkan dua watak penting yang memberi kekuatan kepada kelantan ialah Shahrul Idlan Talaha(kelincahan gerakan) dan Khairul Fahmie (mampu untuk mengawal gawang dengan baik
                              
Selangor ,skuad yang mempunyai pemain sedang mewakili Malaysia seperi Amirul Hadi,Safiq Rahim, dan pemain berpengalaman seperi Kharul Anuar Baharom,Hardi Jaafar dan Amri Yahya pasti menambahkan tajam skuad merah ini.

Kita nantikan siapa yang layak menjuarai piala FA!!! siapa????? Johor FC kompem lambat lagik ...aduhaaii...

Separuh Akhir Pertama Piala FA
12.05 PAHANG lwn TERENGGANU (8.45 mlm Stdm Darulmakmur)
12.05 SELANGOR lwn KELANTAN (8.45 mlm Stdm Shah Alam)

Separuh Akhir Kedua Piala FA
15.05 TERENGGANU lwn PAHANG (8.45 mlm Stdm Tuanku Ismail Nasirudin)
15.05 KELANTAN lwn SELANGOR (8.45 mlm Stdm Sultan Muhammad iv)


Sempena ulang tahun kelahiran says.my kali k- 3,kami akan meraikan dengan berpeluang memenangi barang seperti Macbook air, Samsung Plasma TV, Iphone 4, Canon SLR, IPad2, Lomokit , Percutian South Korea dan lain-lain lagi. Cara mudah anda hanya perlu register dan anda layak menyertainya..
 
 

jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Selasa, 5 April 2011

KiSah Seram yanG betUL SeRAm......KoMPeM KiTA pUN TaKUt

salam ,

ari-ari skrg citer hantu... tapi bila kita baca cerita nie...keseraman lebih seram dari citer hantu dan menyebabkan kita amik iktibar dan menjadi lbey baek... ingat maen blog maen jugak, tapi benda2 mcm nie jgn lupa .tpi kena baca ngn hati la...:)


kisah bermula....jeng2

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
 
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

* oleh itu ,kawan2 kita amik iktibar benda2 nie...jangan asyik kumpul churp2 je....benda2 macm amalan pun kena slalu..semoga kita jadi lebih ,salam
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com