Halaman

Selasa, 24 Julai 2012

2 Juta Warga Indonesia Murtad Setahun?




Assalamualaikum


Bayangkan dalam tempoh setahun, hampir sejumlah 2 juta orang beragama  Islam Indonesia keluar dari Islam. Jumlah penduduk Islam Indonesia  adalah 200 juta dari 240 juta penduduk Indonesia ( 83 %). Menurut perangkaan yang dibuat savemaryam ,  pada tahun 2035 , jumlah penduduk Kristian akan melebihi jumlah penduduk Islam, jika masalah ini tidak dibendung.Kebanyakan modus operasi utama  gerakan Kristiansi ialah membantu orang Islam yang berada dalam kesusahan hidup. Fuhh expectation ini amat menggerunkan. 

Tidak hairanlah perkara ini boleh berlaku di Indonesia...Kita tahu bahawa Indonesia merupakan negara majmuk pelbagai aliran dan perfahaman seperti sekularisme, liberalisme dan ekstrimisme...Belum lagi tambah lagi pelbagai ajaran sesat  macam Ahmadiyah , tarikat lagi dan macam... Perkahwinan campur antara lagik  dan gaya hidup Barat kalau tengok sinetron... Semua permasalahan ini wujud disebabkan oleh kebebasan dan hak asasi yang terlambau bebas tanpa kawalan .... Kita x nak benda ini berlaku di Malaysia. Bila kita semakin lupa pada agama dan saudara seagama, kita hanyut pada  keseronokan dunia , x mustahil benda ini boleh terjadi di Malaysia So , jangan kita lupakan saudara Islam lebih-lebih kepada yang ditimpa kesusaham, kalo x nak benda-benda ini terjadi. Sikap x mahu membantu dan pandang sambil lewa perlu dibuang oleh kita semua .So, lebih lanjut tengok la cerita dalam video yang disharekan.

Wasallam..
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Sabtu, 21 Julai 2012

Cerita Batman Baru, The DarK Night Rise best sangat ke?

Assalamualaikum..



Alkisahnya dua malam lepas, aku 'tertengok' cerita filem baru Batman The Dark Night Rise lakonan David Ezwan... Eh, salah C Nolan.... Fuhh feel beb cerita...Sampai bila tengok cerita Batman nie , rasa macam nak jadi kawan Batman pulak , boleh  pinjam motor dia kejap...Sampai nak balik dari tengok  wayang, dah rasa macam Batman plak coz pakai baju hitam ngan LC hitam. Lepaz tue dengan beraninya  lalu ikut jalan gelap,biasa x lalu pun.... feel Batman tue adala jugak.....hehehe


Bezt sangat ke cerita batman baru nie?.hero cerita hensem sangat ke ke? penjahat cerita tue jahat sgt ke.. apela..dah nama hero kena la letak orang yg hensem.. Hero kalau x hensem belum tentu orang nak puji maen diperlinya ada...mesti orang cakap "nak tunjuk kuat la tue.... penjahat klo x muka calar-balar, x pakai pendakap gigi x gengstela beb... ..aku tengok member aku kat sebelah mulut terlopong je tengok cter tue...x taw la  kalo korang tengok, mana bezt? kluang man ke batman...hehehe...


Apa yang ditulis kat atas tue, bukan fokus utama ... sebenarnya, lebih fokus pda post adalah dibawah...hehehe..Sebenarnya banyak "point" dari segi pengajaran dalam kehidupan dalam cerita.. Tetapi nak tulis satu.. Mantap gler boleh amik  pengajaran kot tengok Batman nie..Padahal cover .. lalala


Kita nie mungkin ada ciri mcm Batman tue..
. Korang rasa apa tujuan Batman nak jadi Batman sebenarnya.  "glamour" atau " tanggungjawab"?. Jawapan kat mulut biasa 'tanggungjawab" , tapi hati dot..dot2la....Mana x nya, jadi batman bawak kereta besar kot..orang tengok  kot..lepaz tue masuk surat khabar hari-hari ..Apa rasa x bebuku-buku hati..Hehehe. Hakikat kalo mengejar glamour depan manusia sekejapnya. Glamer makin luntur....Tngok batman bilad ada buat masalah dalam kes pembunuhan David Kent..Lepaz tue  trus x dipandang..Dan kehebatan Batman makin kurangla coz hanya harap glamourkan pada mulanya.Tapi kalau seseorg itu melakukan kebaikan kerana memikirkan  atas dasar "tanggungjawab" .. x kirala tanggungjawab pada Allah, masyarakat, keluarga... Benda itu lebih bermakna dan bernilai..Dan perlakuan itu menjadi  "glamour depan  Allah"...Aha. Benda macam nie yang sepatutnya dicari,  bukan mengharapankan pada manusia..So, nak tak nak kena pupuk la keikhlasan tue dalam diri. Walaupun agak susah nak pastikan x de riak langsung atau bajet alim.,tapi benda tue boley improve hari ke hari.





Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)


Sempena ramadahan menjelang tiba, sama-samala kita grab peluang yang ada . mcm jualan mega sale untuk "pahala" , dan nak lagik feel kena anggap la mcm ramadahan terakhirla bagi hidup kita.. So , kena la kuranngkan  perkara lagha ,hentikan maksiat dan tingkatkan amalan. Bayangkan klo tiba Ramadhan nie, sahabat Nabi kurang berborak atau membincangkan masalah negara, tetapi fokus kepada kehambaan pada Allah iaitu meningkat ibadat padaNya. Skop puasa tue luas sebenanya, bukan skadar makan je... tapi menahan nafsu ... Dan paling penting ikhlas ketika .Bukan sebab tengok orang laen puasa..


Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)


Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-BukhariKitab al-Shaum – no: 1896)


“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).


Wasalam.. :)



jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Sabtu, 17 Disember 2011

Bila mana nafas boleh lagi berbunyi

Assalamualaikum...

Bila mana jantung masih berdenyut,
Bila mana nafas masih lagi berbunyi,
Bila mana mata masih lagi boleh terbuka,


SYUKURILAH
Syukuri kerana masih boleh bangun menghirup udara percuma yang diberikanNYA,
Syukurilah kerana Allah memberikan ruang masa  untuk membetulkan diri @ bertaubat .
Syukurilah kerana masih boleh menambah amalan untuk jadi bekalan di hari akhirat,




ATAS TANDA SYUKUR
Mari kita bangkit solat pada waktuNYA bila laungan azan didengari
Mari kita bangkit cuba meninggalkan larangan dengan mengawal kemahuan nafsu dan godaan syaitan
Mari kita bangkit mencintai ALLAH dan mencari redhaNYA dengan sentiasa mengingatiNYA

HAKIKATNYA
Nikmat yang diberikanNYA tidak terhingga,
Jika ditulis nikmat ALLAH mengunakan dakwat air lautan tidak jua mencukupi,
kebahagian, kesihatan, kekayaan, kesenangan hati , rezeki dan pelbagai jenis nikmat  diberikan olehNYA tanpa sebarang bayaran,
Tanda dia Maha Penyayang memberi nikmat tidak kira pada yang melakukan baik atau buruk


Bila mana ditimpa ujian, kita masih diberi penyelesaian olehNYA,
Ujian bukan tanda benci tapi tandaNYA masih sayang pada hambaNYA,
Cuba Menilai perilaku hambanya, Menilai keikhlasan hambaNYA
Bagi memilih calon yang layak memasuki syurga milikNYA


...........................................................................................

Bila mana jantung terhenti,
Bila mana nafas tidak lagi berbunyi,
Bila mana mata tidak lagi terbuka ,


Lenyaplah hubungan dengan dunia
Lenyaplah hubungan dengan saudara
Hanya tinggal bekalan yang ada semasa di dunia
Hanya boleh berharap pada doa anak soleh, harta yang dilaburkan dan ilmu yang dilimpahkan.


Mati itu  pasti

.....................................................................                    

jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Khamis, 1 Disember 2011

nukilan di pagi hari....

salam....

jam menunjukkan pukul 4.03 am ......macam biasa kalau dah tersedar waktu nie dah x bley tido balik start pkul 3.00 am.. rasa kejutan2 time mcm nie adalah seruan untuk melakukan sesuatu...manfaat waktu mcm nie dgn perkara sepatutnya...bila umor sudah 22 thun, tetiba aku rasa laen dalam diri aku,,,wktu umur mcm nie macam2 la bermain kat pemikiran nie.....dri perangai "unmatured" yang terlalu banyak dalam diri tetiba jadi "matured" sikit.....pada wktu nie juga dirasakan satu perubahan perlu dilakukan bagi mengubah diri kearah kebaikan..pada masa yang sama juga aku mengharapkan org sekeliling aku menjadi baek....

sesuatu yang perlu dipikirkan kembali , bahawa dalam kehidupan yang ada sekarang  adalah kehidupan ujian..kehidupan ujian yang disulami pelbagai peristiwa yang berlaku, pelbagai ujian yang berlaku dan pelbagai perkara dipikirkan...yang mana kehidupan sebenar ialah kehidupan akhirat yang ditentukan atas balasan apa yang dilakukan dalam akhirat...kita tahu semua thu tpii kita slalu jadi lalai jugak ditimpa ujian, lupa tentang bisikan syaitan dan memikrkan benda laen2..tpi perlu diingat, kita masih ada kurniaan akal diberikan bagi memberi kekuatan menempuhi pelbagai dugaan,,,

pada usia muda nie, cabaran paling besar semestinya mengawal kemahuan diri. gelodak jiwa pada waktu nie besar...memberi kepuasan pada diri,,pdahal keseronokan yang dpt itu bersikap sementara,,,so, untuk melawan arus dari kebiasaannya nie amatlah sukar jika mengharapkan seorang diri...memerlukan akan dan envoronment yang membantu dalam proses nie....tarbiah diri perlu dimantapkan dan dalam masa yg sma membuang anasir2 yang boleh merosakan diri...

soal jodoh juga merupakan isu yang besari,, mana x nya , bila duduk dengan rakan sebaya x abez menceritakan pasal perkara ini..umm ..nak ketawa ada jgak nie....sesuatu yang perlu dipikirkan kembali , mencari jodoh bukan satu yang maen2..... kesinambungan kehidupan selepas kahwin anda perlu pikirkan.....
yang mana menentukan anda dimana pada hari mendatang, yang mana seseorang yang dapat memberi keseimbangan pada diri anda dan paling utama mampu mengingati diri ketika lupa dan menjaga keharmonian sebuah keluarga. Usah gelisah jika tiada calon, kerana akan ada pada waktu-NYA,,harap padaNYA,,,Kalau yang terlebih calon..heheh,,,, berilah masa memikirkan calon terbaik pada diri anda..istikharah jalan terbaik  :)...Buat yang masih nak hold dulu, lengkapi diri dan perbaiki anda terlebih dahulu.....biasanya pasangan hidup adalah sama tahapnya dengan diri anda...Mulalah perhubungan dengan baik di mataNYA..jika anda menharapkan pertengahan dan pengakhiran yang baik....

Aku mengharapkan supaya Allah memberi aku kekuatan dalam melangkaui kehidupan penuh mencabar yang penuh ujian ini....
Aku mengharapkan kepada Allah supaya dapat melawan kemahuan diri atas dorongan nafsu dan bisikan halus syaitan
Aku mengharapkan kepada Allah memberi aku pasagan hidup yang mampu membuat aku mengingatimu, disamping aku memohon Allah tidak terlalu memikirkan tentang jodoh hingga tiba masaNYA....
Aku mengharapkan kepada Allah membangkitkan kemahuan menjadi lebih baik mencari redhaNYA, disamping itu, aku memohon kepada Allah membantu menjadikan rakan2 aku, ahli keluarga aku dan masyarakat aku menjadi lebih baik...
Amin

salam

/wah dah nak masuk subuh dah.......mcm biasa ulang2 benda sama setiap kali tuliz..hahhaha
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Rabu, 9 November 2011

treatment hati (part 1)

Salam

Berbalik cerita hati...hati yang menjadi raja dalam diri slalu menentukan keputusan... keputusan itu samaada baik atau buruk......hati juga mempunyai pelbagai jenis pnyakit...kadang2 hati itu mudh membuatkan seorang itu menjadi dengki, hasad riak dan takbur...dan hati itu juga mudah mengalami gundah bilamana bermacam2 perkara dikehendaki oleh diri dengan dorongan nafsu....mahukan harta lebih....mahukan mencari pasangan hidup ...mahukan pangkat dan darjat......hati yang tidak menyedari dorongan buruk hawa nafsu adalah sangat bahaya.... treatment hati perlu dijalankan dengan segera.... kegundahan dan keliaran hati perlu dibendung segera........menyedari hati jahat adalah lebih baik dripada perasan hati baek...


merawat hati ada beberapa cara dirasakan amat efektif.... .cara pertama,membaca alquran dan memahami maksudnya........hati yang tidak dilembutkan dengan bacaan dan teguran hasil bacaan alquran sangat parah....bila mana sudah menjadi keras dan gelap, amat susah untuk menjinaknnya...so dengan memahami makna dalam alquran dan merasai setiap ayat itu memberikan motivasi, peringatan , ilmu dan penenang kepada diri  .aku sendiri bila mana aku mengabaikan bacaan alquran, aku rasa kesannya......aku jadi lupa dan seronok membuat perkara yang sepatutnya........ oleh itu aku menggalakkan membawa tafsir alquran dimanajua berada...aku rasa ada je , size tafsir alquran yang compact dan boleh dibawah2 mana2pun.... x menjadi masalah pun klo nk letak dalam beg .....klo free skejap bley la baca....memberi sedikit masa untuk NYA x kan rugi :)...

kedua, cara kedua ialah bangun malam untuk solat malam ....bangun malam dan melakukan beberapa amalan seperti solat tahajud, taubat dan hajat jgak memberi kesan yang mendalam-dalam ... tapi sesetengah orang ckap susah nk bangn malam..tpi bila nak set tngok game bola tgh pagi bley plak..heheh.tpi sbnonya inilah mind set....apa salahnya bangun pagi memberi sedikit masa pada diri untuk mengadu padaNYA...wktu malam macam nie la senang dah bezt nak menbuat pengaduan padaNYA  dan memohon taubat padaNYA...wktu niela kita memikrkan berapa percentage sehari kita ingat padaNYa dengan  diikuti rintihan air mata taubat , mengharapkan padaNYA.. waktu nie juga nak mengadu hati nie sakit.....hati nie gundah....hati nie teruk..minta dibetulkan...waktu nie la juga nk mengadu padaNYA mengenai jodoh...x hanyut memikirkan benda2 nie....minta diperkuatkan diri...sehingga tiba masanya...dan mohon la jodoh yang rasa dimahukan dan boleh membantu dalam proses pembaikan diri...amin


sampai sini dulula ...
paper research x siap lagik...so kena sambung nanti.......wasalam..
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Selasa, 1 November 2011

Kisah hati

Salam






Dalam dunia mencabar dengan keseronokan, keghairahan dan kemahuan . Semua terhidang didepan mata.Pasti membuatkan langkah itu kadang2 tersangkut dan tersasar. Seringkali merasakan hidup ini sesuatu yg indah dengan perhiasan2 dunia yang cantik tanpa memikirkan kepalsuan kecantikan tersebut sehingga melupakan bekalan ke alam akhirat.padahal bila2 saje waktu kita akan kembali ke alam laen.Walaupun mungkin esok.Oleh itu, aku memerlukan 'rakan'. Rakan sering mengingatkan  aku ketika aku lupa dan rakan yang mampu menerima teguran ketika mereka lupa,.

Dunia skarang sangat mencabar. Macam2 perkara perlu difikirkan dan dilihat.Lupa skit anda hanyut dengan keseronokan.Bukan x bley cuma kadang2 berseronok memakan diri dan melupakan diri kepadaNYA.... ingatan terhadapNYA perlu dikekalkan sepanjang masa. Aku merasakan kesinambungan mengingatiNYA bukan hanya berada di masjid @ tikar sejadah sahaja... Tapi memerlukan sepanjang masa dimana jua kita berada.. Syaitan akn sentiasa membuat bisikan halus di telinga kita dan menunggu masa sahaja supaya kita jatuh.Oleh itu, bila kita jatuh kita perlu cuba naik balik . Kurniaan akal yang diberikan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan bagi mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu.


Berbalik soal hati. ini adalah satu perkara yang berat jika tidak diawasi. Hati merupakan raja dalam diri mempengaruhi setiap tingkah laku. Akal sebagai penasihat akan sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada hati. Nafsu dalam diri sentiasa dibangkitkan oleh bisikan syaitan yang bermacam-macam propaganda yang dilakukan.Oleh itu pelihara hati.Sesungguhnya hati ini sangat mempengaruhi seorang.





Hati apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur Iman dan nur Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat  atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita  faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
                                                                             
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 74 :-Tafsirnya :
Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara  batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.


wasalam


/* kadang-kadang jiwa kita sering memberontak untuk memenuhi tuntutan jiwa dan kemahuan..ummm....So, ape lagik, berbalik kepadaNYA .. dan faham tuntutan Allah terhadap manusia itu sendiri..tahu tujuan manusia dihidupkan dan tahu ape perlu buat sebenarnya...
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com