Dalam dunia mencabar dengan keseronokan, keghairahan dan kemahuan . Semua terhidang didepan mata.Pasti membuatkan langkah itu kadang2 tersangkut dan tersasar. Seringkali merasakan hidup ini sesuatu yg indah dengan perhiasan2 dunia yang cantik tanpa memikirkan kepalsuan kecantikan tersebut sehingga melupakan bekalan ke alam akhirat.padahal bila2 saje waktu kita akan kembali ke alam laen.Walaupun mungkin esok.Oleh itu, aku memerlukan 'rakan'. Rakan sering mengingatkan aku ketika aku lupa dan rakan yang mampu menerima teguran ketika mereka lupa,.
Dunia skarang sangat mencabar. Macam2 perkara perlu difikirkan dan dilihat.Lupa skit anda hanyut dengan keseronokan.Bukan x bley cuma kadang2 berseronok memakan diri dan melupakan diri kepadaNYA.... ingatan terhadapNYA perlu dikekalkan sepanjang masa. Aku merasakan kesinambungan mengingatiNYA bukan hanya berada di masjid @ tikar sejadah sahaja... Tapi memerlukan sepanjang masa dimana jua kita berada.. Syaitan akn sentiasa membuat bisikan halus di telinga kita dan menunggu masa sahaja supaya kita jatuh.Oleh itu, bila kita jatuh kita perlu cuba naik balik . Kurniaan akal yang diberikan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan bagi mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu.
Berbalik soal hati. ini adalah satu perkara yang berat jika tidak diawasi. Hati merupakan raja dalam diri mempengaruhi setiap tingkah laku. Akal sebagai penasihat akan sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada hati. Nafsu dalam diri sentiasa dibangkitkan oleh bisikan syaitan yang bermacam-macam propaganda yang dilakukan.Oleh itu pelihara hati.Sesungguhnya hati ini sangat mempengaruhi seorang.
Hati apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur Iman dan nur Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 74 :-Tafsirnya :
Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
wasalam
jika suka entri diatas :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan