Halaman

Ahad, 23 Oktober 2011

kehidupan sebenar

salam....

hari demi hari kita menempuh dengan pelbagai perkara..adakala sesuatu yang menggembirakan hati...adakala sesuatu yang mendukakan....tapi itulah rencam dan keindahan dlm sebuah kehidupan....

hari ini topik yang cuba di'entrykan" ialah mengenai kehidupan...seringkali dalam kebanyakan pemikiran masyarakat kita, kehidupan yang paling dimahukan adalah kehidupan yang menyenangkan.... percaya bahawa kekayaan, pangkat , kecermerlangan adalah segalanya....

bermula dari kecik diajar untuk belajar pandai.... masuk universiti.....lepas tue berkawen ngn bahagia....dapat anak cemerlang..... mempunyai kewangan kukuh....mempunyai reputasi hebat...tapi tue hanya bersikap sementara dan sbenarnya ada sesuatu perlu dikerjakan untuk persiapan untuk dunia laen.......

paling lama pun hidup 100 tahun..itu pun kalo sampai... dibandingkan dengan hidup di akhirat...compem2 x de had.......dunia nie mcm papan catur je..penentuan permainan ditentukan oleh diri sendiri...bila cuba memahami konteks manusia dihidupkan.....hanya ada dua tugas yang di"highlightkan" iaitu "HAMBA KEPADA ALLAH" dan "KHALIFAH DI MUKA BUMI"..tiada tujuan lain .....jujur aku sendiri mengatakan bahawa dalam environment sangat mencabar... agar susah menunaikan tanggungjawab ini....tapi dengan adanya kemahuan diri rakan2 boleh melakukan.....bila rasa lost cuba ingt balik tujuan asal anda dihidupkan..

hehehhe..sesungguhnya setiap apa yang cuba aku tuliz ...sebenarnya aku cuba menyedarkan diri sendiri..dan terima ksih rakan2 sudi mendengar coretan ini...
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Ahad, 9 Oktober 2011

sejauh mana anda ikhlas????

salam....

[Al-Baqarah, Ayat : 264]
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan menyebut-nyebut dan menyakiti perasaan si penerima seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana riak kepada manusia, dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin. Mereka tidak mendapat sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan. Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.


berbicara mengenai keikhlasan amat sukar dibicarakan..keikhlasan hanya diketahui oleh orang itu sendiri dan Allah  s.w.t.....harus diingat kegagalan mengikhlaskan diri dalam sesuatu perkara mungkin menjadikan sesuatu yang diusahakan itu sia-sia....misalnya... seseorang bersedekah @ beramal tapi mempunyai perasaan riya dalam diri menjadikan apa diusahakn tidak bernilai..sebenarnya menunjuk2 dalam melakukan perkara ini masih boleh asalkan tujuan mahu menggalakan rakan2 turut sama-sama melakukan perkara baik ..yang penting niat pada hati

kadang2 keikhlasan melakukan kebaikan perlu diteliti kembali....mulut senang mengatakan ikhlas....tapi hati itu sendiri taw keadaannya....kadang2 rasa keikhlasan bley hilang hasil bisikan halus syaitan..berhati2x.... istifghar banyak kali mungkin boleh menghlangkan perasaan ini.....

mengingatkan rakan-rakan dan diri sendiri...sejauh mana keikhlasan anda tanpa mengharapkan balasan selain allah...cth anda melakukan kebaikan hanya kerana cuba menunjukkan anda baek kepada gadis diminati.....kerana perkara itu anda memang dpt gadis tersebut tapi sangat dipandang keji oleh allah s.w.t......
lagi baek anda melakukan kebaikan atas dasar allah....mengharapkan anda dapt gadis yang dihajati daripadaNYA...jika tidak diizinkan , redha mungkin allah ada reason tersendiri melakukannya....mungkin dapt yg lagi baek...wallahualam...

amacam skema x bunyi nye...sje je seriuz skit memikirkan benda nie..kdg2 rasa rugi je bila nk buat baek tpi timbul benda2 macam riya takbur..nauzubillah...pnting menghidupkan keikhlasan dlm diri,,,,wasalam









jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Jumaat, 30 September 2011

sebalik kesedihan.......

salam

hari nie x de entry yang nak dituliz ....cuma nak share quotes yang jumpa kat fb.fb walking skit nmpak post rakan2 yang macam nie....mood hari jumaat katakan....tpi sebenar kena hari2 pun....... mendalam quotes2 nie.... free kan skit minda la baca benda2 nie mungkin menjadi penenang skit apa yang dihadapi dan pendinding untuk jadi kuat lagik kat diri kita ini.....

salah satu hadis yang membe aku share :

"Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati,
sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya,
kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya..”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ummm....Sesungguhnya Allah menguji setiap dari kita ni sesuai dengan kemampuan sendiri.. dan sebaik2 manusia adalah apabila diuji maka dia redha atas ujian itu.. dan ketenangan hadir dari hati yg sentiasa terbuka apabila diuji dan semestinya Allah redha pada hambaNYA yg redha dgn setiap ujian yg menimpa.

Ini  salah satu ayat alquran yang disharekan oleh member aku kat fb.. mungkin memberi berita gembira kepada golongan bersedih dan golongan taat kepadaNYA....

"sungguh, lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar". (Al-Ahzab:35)

Ummm ..rasanya penyataan Dr Asri nie juga boleh memberi bekas pada hati bila menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,,,,,,,

"Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?!
Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.
Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk dihayati dalam ruh dan kehidupan. Ramai yang menyebutnya, tidak ramai yang diresapinya dalam merentasi perjalanan ini. Bacalah ayat-ayat al-Quran berkaitan tawakkal, ia akan membawa kita ke suatu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan."

salam :)
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Ahad, 25 September 2011

berfikir sejenak selepas hari konvokesyen

salam ...

kehangatan majlis konvokesyen tadi masih terasa..... kemeriahan, kegamatan, kesibukan majlis itu menghidupkan suasana konvokesyen... tapi disebalik konvokesyen ini, minda terasa membuak2 memikirkan pelbagai perkara.

1. sangat tersentuh aku melihat kebanyakan graduate diraikan oleh ahli keluarga masing2...ahli kluarga merasa amat seronok melihat kejayaan anak,anak sedara,adik ,abang . Datang dri nun jauh utara sana x lupak dri Sabah @ Sarawak.....Ada datang dari keluarga dari kampung menaiki bas untuk meraikan anak mereka...dan lgik tersentuh melihat pak cik2 dan mak cik2 yang berusia , kuat untuk datang melihat anak mereka pda majlis konvo..nampak dari kaca mata orang tua mereka perasaan snggat bangga @ hiba gembira dalam diri mereka....:)

2. sangat berbangga melihat kejayaan rakan2 terdekat yang berjaya menamatkan pengajian walaupun kehilangan @ tiada orang yang dicintai yakni ibu bapa....seakan2 mereka seperti seorang hebat dlm menerima ujian ini.....dan melaluinya dalam sungguh redha.... dalam masa ada yg kena menggantikan tanggungjawab ayah@ibu tpi dlm masa yang sama perlu meneruskan pembelajaran ini.....dan dalam masa yang sama "rakan " tersebut menjadi sumber aspirasi untuk berjaya dan hadiah kejayaan kepada abang, akak dan adik banyak membantu mereka

3.jauh di sudut hati kesian kepada salah sorang calon yng ditimpa malang yang berkerusi roda. berjaya menamatkan pengajian tapi waktu konvokesyen seperti lumpuh atau tidak berdaya...mengingatkan aku bahawa memang benar kewujudan Maha Kuasa....mampu mengubah keadaan manusia bila2 masa mengikut kehendaknya.....peringatan ini amat memberi satu kesan pada diri....dia boleh mengubah dari keadaan baik kepada buruk... buruk kepada baik...sesungguhnya Tuhan akan menguji makhluknya dengan pelbagai cubaan..untuk melihat keimanan@ kepercayan kepada yang berkuasa...Jangan melatah menerima ujian, kesakitan , masalah...kerana Tuhan akan menghapuskan dosa2 jika mampu mengalaminya

sebelum menutup entry, buat rakan2 ,kejayaan yang diraih ini hanya baru kejayaan kecil....jujur kejayaan sebenar berjaya dalam hari perhitungan....logik2 x aku mengatakan kejayaan yang dapat nie hanya untuk tempoh paling lama 80 tahun lagik je...kehidupan slpaz 81-1000000000000000(infiniti) tahun lagik bagaimana.......ini ditentukan pda hari penghitungan...
jujur aku menulis bukan menunjuk2 menjadi baik dan aku bukan orang yang baik....tapi aku terpikir sejenak aku perlu menjadi baik dan mengingati diri sendiri.. manusia x lpaz kesalahan tpi bak kata slalu kita dengo....kurangkan dosa, tingkatkan pahala... agaknya x logik manusia x melakukan kesalahan...salam
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Khamis, 22 September 2011

nilai hari konvokesyen

salam...

x lama lagik akan tiba sesuatu yg hri amat dinantikan oleh pelajar berjaya menamatkan pelajaran.."hari convocation".....hari ini mempunyai simbolik hebat kepada pelajar yg telah berjaya menamatkan pelajaran.. harapan ibu bapa,abang,org kampung menjadikan ini lebih bermakna...pasti ibu bapa,abang ,akak,adik akan merasakan sgt berbangga dengan pencapaian yg diraih....apa x nya....pengorbanan , duit dan harapan tinggi oleh mereka menjadi special pada kejayaan diraih...

mungkin sesetengah orang merasakan hari konvokesyen tiada nilai..apa x nya kerana kesenangan atau kurang pengorbanan dalam melaluinya.. umm mungkin aku mngalaminya,.....tpi segelintir rakan ada yg melalui bnyak kisah dalam melaluinya..melaluinya dengan penuh pengorbanan.... melalui kurang sumber kewangan....melalui dengan penuh liku kehidupan.. kehilangan, pergolakan dan mcm2 lagik... tpi akhirnya meraih kejayaan yg diimpikan...kadang-kadang aku merasakan sangt respect kepada mereka atas "kesurvivalan "mereka dalam hidup.....

"betapa berbangga ibu bapa melihat pencapaian anaa" ,walaupun kejayaan sikit @ besar...asalkan itu bukan satu yg slah..slam.....mungkin kita x nmpak apa yg dirasai oleh mereka, tpi lubuk hati ibubapa kita x thu :)

??hehheeh..mungkin gaya penulisan yg pelik dan teruk...harapp maap ...heheh??
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com

Sabtu, 4 Jun 2011

ViDeo & Ranking Maharaja Lawak Minggu 10


Salam,
Nampaknya, sekarang Maharaja Lawak menjalankan tour jelajah Malaysia.Kali ini diadakan di Pisa , Pulau Pinang. Jom kita lihat aksi video maharaja lawak episod 10 mengikut ranking sesuka hati aku



1.Sepah


2.Jozan

3.Jambu



4.Nabil
 

 5.R2

Secara konklusi, performance diorang kat Pisa hanya average sahaja aku rasa minggu nie . Tempoh 7 minit nampak dirasakan agak lama oleh peserta. Jozan dan Sepah meneruskan rentak seperti biasa. Sepah x abez2 lawak kampung dia. Jozan pulak memang jadi perempuan lembut + guru tari AF..hahahah.Jambu penat aku tengok persembahan diorang , asyik jerit-jerit je..hahah...Nabil kehilangan gayanya..Rasanya kalo dia buat lawak jadi sek rendah lagik ok..tryla minggu depan... R2 x boleh nak perform sepenuhnya coz x bley handle time lama sangat.Apapun Good Luck all contestan raja lawak
jika suka entri diatas :) www.tips-fb.com